Tuesday, March 12, 2013

7,000 Murid tabika daripada 270 balai raya dipindahkan



Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mengarahkan kosongkan balai raya bila-bila masa sahaja yang mereka suka.



Masihkah kau ingat seban­yak 270 dari­pada 386 balai raya di seluruh negeri telah dikosongkan oleh Kemas sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kera­jaan negeri yang memerintah Terengganu ketika itu.



Ia melibatkan perpindahan 7,000 murid dan kini hanya tinggal 116 balai raya yang masih menempatkan kelas tabika Kemas ekoran kesu­karan mendapatkan premis gantian.



Pengarah Kemas Negeri ketika itu, Azeman Md. Yusof berkata, bagaimanapun sebahagian besar dari­pada 270 balai raya yang diambil itu langsung tidak digunakan, malah ia terbiar begitu sahaja.


Eratnya Pas - Dap !!!



Gambar ini dengan jelasnya memperlihatkan betapa eratnya mantan Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang memeluk Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang datang membuat kunjungan hormat ke pejabat beliau ketika itu. Turut mengiringi Kit Siang ialah Naib Pengerusi, Dr. Tang Seng Giaw dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung, Kerk Kim Hock, Bendahari, Fong Kui Lun dan Setiausaha Publisiti; Ronnie Liu. Manakala Exco kerajaan negeri yang menyertai majlis itu ialah Haji Mustaffa Ali, Ustaz Harun Taib, Haji Wan Mutalib Embong, Ustaz Abu Bakar Chik dan Tun Mohd Salleh Abas.