Tuesday, March 12, 2013

7,000 Murid tabika daripada 270 balai raya dipindahkan



Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mengarahkan kosongkan balai raya bila-bila masa sahaja yang mereka suka.



Masihkah kau ingat seban­yak 270 dari­pada 386 balai raya di seluruh negeri telah dikosongkan oleh Kemas sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kera­jaan negeri yang memerintah Terengganu ketika itu.



Ia melibatkan perpindahan 7,000 murid dan kini hanya tinggal 116 balai raya yang masih menempatkan kelas tabika Kemas ekoran kesu­karan mendapatkan premis gantian.



Pengarah Kemas Negeri ketika itu, Azeman Md. Yusof berkata, bagaimanapun sebahagian besar dari­pada 270 balai raya yang diambil itu langsung tidak digunakan, malah ia terbiar begitu sahaja.


Eratnya Pas - Dap !!!



Gambar ini dengan jelasnya memperlihatkan betapa eratnya mantan Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang memeluk Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang datang membuat kunjungan hormat ke pejabat beliau ketika itu. Turut mengiringi Kit Siang ialah Naib Pengerusi, Dr. Tang Seng Giaw dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung, Kerk Kim Hock, Bendahari, Fong Kui Lun dan Setiausaha Publisiti; Ronnie Liu. Manakala Exco kerajaan negeri yang menyertai majlis itu ialah Haji Mustaffa Ali, Ustaz Harun Taib, Haji Wan Mutalib Embong, Ustaz Abu Bakar Chik dan Tun Mohd Salleh Abas.

Monday, January 7, 2013

PAS HALAU PENDUDUK MISKIN


Di bulan puasa 22 Ramadhan 1423 bersamaan 27 November 2002, penduduk miskin di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut yang menyokong UMNO diusir keluar dan pembinaan surau di penempatan itu dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut.

PAS RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM MILIK PERKAYA


Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan Pas Terengganu pada 1 Disember 2002 dengan alasan tanah adalah milik kerajaan negeri sedangkan asrama itu adalah hakmilik PERKAYA.

PAS DISKRIMINASI ELAUN KAKITANGAN RENDAH DIPOTONG, PEMIMPIN ASYIK KE LUAR NEGARA


Memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah Kerajaan Negeri atas alasan ketiadaan wang sedang pada masa yang sama rombongan pemimpin Kerajaan Pas ke luar Negara bersilih ganti dan naik kapalterbang kelas pertama.  Tahun 2000 hingga 2002 sebanyak 9 kali Haji Hadi ke luar Negara dengan kos lebih ¼ juta RM.

PAS JUAL SYARIKAT KERAJAAN


Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan asset negeri dan rakyat seperti A&W, Babena dan lain-lain dijual oleh Kerajaan Pas Terengganu.

PAS LANTIK AHLI KELUARGA


Pada  2000 isteri Harun Taib (EXCO Pendidikan Kerajan Pas Terengganu) Fatimah Ibrahim dan isteri Ahli Parlimen Kuala Terengganu (Dr. Syed Azman Ahmad) Dr. Noraini Hashim dilantik sebagai Ahli Lembaga Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu.  Dr. Noraini juga dilantik sebagai Pegawai di KUSZA.