Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mengarahkan kosongkan balai raya
bila-bila masa sahaja yang mereka suka.
Masihkah kau ingat sebanyak 270 daripada 386 balai raya di seluruh negeri
telah dikosongkan oleh Kemas sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang memerintah Terengganu ketika itu.
Ia melibatkan perpindahan 7,000 murid
dan kini hanya tinggal 116 balai raya yang masih menempatkan kelas tabika Kemas ekoran kesukaran mendapatkan premis gantian.
Pengarah Kemas Negeri ketika itu,
Azeman Md. Yusof berkata, bagaimanapun sebahagian besar daripada 270 balai raya yang diambil itu langsung tidak digunakan, malah ia terbiar begitu sahaja.
"Bagi saya selain menjejaskan proses pembelajaran lebih 7,000
kanak-kanak, tindakan kerajaan Pas ini turut
menganiaya lebih 3,000 masyarakat kampung yang mengikuti
kursus jahitan dan masakan di bawah kelolaan Kemas,"
katanya.
Azeman berkata, Daerah Hulu
Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi balai raya terlibat dengan perpindahan seperti yang
diarahkan oleh kerajaan Pas iaitu 55 diikuti Marang (50), Kuala Terengganu (37), Kuala Nerus (36),
Kemaman (35), Dungun (34), Setiu (19) dan Besut (4).
"Arahan perpindahan ini dibuat secara bertulis,
tetapi mereka tidak menetapkan bila tarikh
berkuatkuasanya arahan tersebut.
"Jawatankuasa
Syura Rakyat (JSR) pula telah mengarahkan
kita keluar daripada balai raya
bila-bila masa sahaja yang mereka
suka," katanya lagi.
"Mujur dengan adanya pembiayaan
wang ehsan nasib anak-anak ini terbela. Kita telah menyewa dan mengubah suai premis yang bersesuaian.
"Setiap
pengubahsuaian bagi satu premis menelan belanja sebanyak RM14,000 hingga RM15,000," katanya.
Beliau berkata, jumlah perbelanjaan untuk
proses mengubahsuai mencecah RM2.02 juta,
manakala kos penyewaannya sepanjang tahun lepas berjumlah RM908,800.
"Apa yang menjadi persoalannya sekarang mengapa sebahagian besar balai raya-balai raya yang telah diambil oleh
mereka ini tidak digunakan sebaliknya ia
terbiar dan ada di antaranya telah ditumbuhi dengan
pokok-pokok renek dan lalang," katanya.
Azeman berkata, boleh dikatakan setiap
kawasan Parlimen di seluruh negeri mempunyai
balai raya yang terbiar dan sudah semestinya tindakan
kerajaan Pas sebelum ini merupakan satu pembaziran
dan merugikan masyrakat.
"Saya amat terkilan dengan keadaan ini. Masa mereka mahu mengambil
balai raya ini macam-macam tindakan mereka
ambil semata-mata menyuruh kita keluar termasuk tindakan
yang agresif.
"Selepas
mereka berjaya mengambil balai raya ini mereka tidak gunakan pula. Masa kita disuruh pindah dahulu pula pelbagai alasan diberikan seolah-olah mereka mahu menggunakan sepenuhnya balai raya ini, tetapi hakikatnya mereka tidak menggunakannya
pun," katanya lagi.
Beliau menegaskan, pendidikan
merupakan hak umum dan kanak-kanak berhak mendapatkannya
tanpa ada campur tangan politik.
"Tabika Kemas terbuka untuk semua
tidak kira anak ahli Pas, anak ahli Umno atau anak mana-mana ahli parti politik yang lain.
Mereka berhak mendapat hak ini.
"Dan tidak sewajarnya bagi kita
mencampuradukkan hak mereka ini dengan sentimen
politik yang akhirnya akan memberi kesan negatif
kepada kanak-kanak," tambahnya.
No comments:
Post a Comment