Monday, January 7, 2013
PAS HALAU PENDUDUK MISKIN
Di bulan puasa 22 Ramadhan 1423 bersamaan 27 November 2002, penduduk miskin di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut yang menyokong UMNO diusir keluar dan pembinaan surau di penempatan itu dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut.
PAS RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM MILIK PERKAYA
Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan Pas Terengganu pada 1 Disember 2002 dengan alasan tanah adalah milik kerajaan negeri sedangkan asrama itu adalah hakmilik PERKAYA.
PAS DISKRIMINASI ELAUN KAKITANGAN RENDAH DIPOTONG, PEMIMPIN ASYIK KE LUAR NEGARA
Memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah Kerajaan Negeri atas alasan ketiadaan wang sedang pada masa yang sama rombongan pemimpin Kerajaan Pas ke luar Negara bersilih ganti dan naik kapalterbang kelas pertama. Tahun 2000 hingga 2002 sebanyak 9 kali Haji Hadi ke luar Negara dengan kos lebih ¼ juta RM.
PAS JUAL SYARIKAT KERAJAAN
Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan asset negeri dan rakyat seperti A&W, Babena dan lain-lain dijual oleh Kerajaan Pas Terengganu.
PAS LANTIK AHLI KELUARGA
Pada 2000 isteri Harun Taib (EXCO Pendidikan Kerajan Pas Terengganu) Fatimah Ibrahim dan isteri Ahli Parlimen Kuala Terengganu (Dr. Syed Azman Ahmad) Dr. Noraini Hashim dilantik sebagai Ahli Lembaga Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu. Dr. Noraini juga dilantik sebagai Pegawai di KUSZA.
PAS PECAT PENGARAH TATI
Pengarah TATI, Dr. Mohd Zaki Abdul Muin dipecat dengan notis 24 jam pada 27 Disember 2002 kerana tidak mahu pulangkan gran (wang) Kerajaan Pusat untuk TATI kepada Kerajaan Pas Terengganu serta membongkar penyelewengan di TATI.
Subscribe to:
Posts (Atom)