Monday, January 7, 2013

SINGKIR DAN TUKAR PEGAWAI SECARA ZALIM


Sebaik berkuasa Pas menyingkir, memberhenti dan menukarkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri yang disyaki tidak menyokong Pas.  Pada Disember 1999 Setiausaha Kerajaan waktu itu (Dato’ Che Mat Jusoh) di singkirkan.  Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang pro UMNO ditukar secara besar-besaran ke kawasan pedalaman.  Menteri Besar Abdul Hadi Awang pada 17 Disember 1999 dengan angkuh berkata anggaplah itu ‘takdir Allah’.

Sebanyak 16 kali pertukaran pegawai tadbir negeri telah berlaku dalam tempoh tiga setengah tahun Pas memerintah membabitkan 203 pegawai.  Campurtangan keterlaluan berlaku oleh Pas sehingga EXCO, YB Dato’ Wan Mutalib Embong dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Perkhidmatan Awam yang baru diwujudkan bagi tujuan campurtangan itu.

No comments:

Post a Comment